Sunday, December 5, 2010

BELL PALSY


ASSALAMUALAIKUM ...



Sejak awal November 2010 yang lalu saya telah menghidap satu penyakit yang dipanggil BELL PALSY ... masa tu saya menjadi urusetia kursus LINUS di LIKAS SUARE CONDOTEL ...saya masih ingat lagi pada malam 10 November masa tu saya rasa pelik di sebelah muka... mata sblh kiri tidak boleh tutup sepenuhnya...airmata pun keluar memanjang...senyum pun sebelah je yg bergerak...telinga dan kepala sakit2...mula2 tu saya/rakan2 sangka saya ni menghidap penyakit minor stroke ... Nauzubillah ... selepas memaklumkan dengan taiko (Bos) saya... dia minta saya pergi ke Hospital malam tu juga ... setelah bjumpa dgn Doktor ... doktor "conform"kan yang saya menghidap Bell Palsi ... APA ITU BELL PALSY???

tapi untuk pengetahuan ... rasanya sekarang ni pun sudah beransur pulih la (insyallah) ... doakan supaya saya cepat sembuh ya ...amin ...

Di bawah adalah sedikit info yg saya ambil (copy...paste....edit) dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Palsi_Bell untuk dikongsikan bersama


Palsi Bell ialah penyakit lumpuh saraf muka yang menyebabkan ketidakmampuan mengawal otot muka pada sisi yang terkena penyakit ini.

Palsi Bell selalunya bersifat sementara.

Palsi Bell adalah Penyakit berkaitan kerosakan saraf dan melibatkan saraf ke-7 (aku pun nda paham..)... ia di dapati di antara 1/5000 orang

Beberapa keadaan boleh menyebabkan kelumpuhan muka seperti barah otak, strok dan penyakit Lyme. Tetapi jika tiada sebab dapat dikenal pasti, keadaan ini dikenali dengan nama Palsi Bell.


Palsi Bell selalunya bermula secara tiba-tiba, daripada biasa kepada teruk. Gejala-gejala ini termasuk:

  • perubahan dan luahan muka (contohnya menggerenyot muka)
  • kesukaran ketika makan dan minum
  • melelehkan air liur kerana tidak dapat mengawal otot muka - (saya tidak sampai begitu la)
  • kelopak mata atau sudut mulut yang lemah
  • mata atau mulut yang kering
  • rasa tegang di muka atau rasa ditarik ke sebelah satu lagi
  • kelumpuhan muka pada satu bahagian yang menyukarkan untuk menutup satu mata
  • sakit kepala
  • kehilangan deria rasa
  • sakit di belakang atau di depan telinga
  • kepekaan kepada bunyi terjejas pada bahagian yang terkena penyakit - (tidak pasti pula tentang ini)
  • gerenyetan di muka
  • rasa lemah di muka

Penyakit ini dinamakan sempena ahli anatomi dari Scotland bernamaCharles Bell yang pertama kali menemuinya.

Dalam banyak Kes, Tiada Rawatan diPerlukan. Tujuan Rawatan adalah untuk mengurangkan gejala.

Ubat Kortisteroid atau antirival mungkin boleh mengurangkan bengkak dan mengurangkan tekanan pada saraf muka. (2 kali perjumpaan dengan doktor saya di beri ubat steroid, tapi x tahu jenis mcm mana ... sekarang saya cuma di arah oleh doktor untuk mengambil MECOMIN)

Pesakit mesti mengambil drug ini pada awal waktu (seboleh-bolehnya dalam masa 24 jam apabila gejala bermula) untuk lebih berkesan

Tetapi tidak ada kajian yang diterbitkan yang menunjukan ubat antiviral boleh mempercepatkan proses pemulihan daripada Bell Palsi

Pembedahan untuk melegakan tekanan ke atas saraf masih kontroversi dan belum menunjukan memberi faedah kepada pesakit palsi bell.

Iklan Jawatan Kosong PAP N1


Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan urusan pengambilan Pembantu AM Pejabat N1 bagi mengisi kekosongan di semua agensi Kementerian Pelajaran Malaysia

Iklan dan Borang Permohonan boleh didapati melalui laman web http://www.moe.gov.my/emohonpap/ ... untuk makluman permohonan perlu dibuat secara ONLINE ... permohonan dibuka pada 1 Disember 2010 hingga 31 Disember 2010




Mohon hebahkan kepada sesiapa yang berminat ... :)